MAX POWER

MaxPower Controller jauh lebih berkesan berbanding alat penjimat minyak yang lain dan ia juga mampu menjimatkan minyak sesebuah kenderaan lebih dari 45% bergantung kepada cara penggunaan dan penyelenggaraan kenderaan tersebut. Selain menjimatkan minyak, MPC juga mampu melindungi sistem elektronik kenderaan, menambahkan kekuatan kelajuan juga daya anjakkan(pick-up), meningkatkan kuasa enjin, mengurangkan tekanan dan beban terhadap enjin, menstabilkan arus elektrik, meningkatkan kesejukan penghawa dingin dan melembutkan penukaran gear kereta dalam tempoh singkat dengan hanya tiga saat selepas dipasang pada kenderaan. Ia juga berfungsi menambahkan keterangan lampu, meningkatkan sistem audio dan memanjangkan hayat bateri dan plug. Produk ini sudah diuji selama enam bulan sebelum dipasarkan di Negara ini dan hasilnya sangat mengagumkan.
http://www.rmfpower.com/wp-content/plugins/magic-gallery/uploads/2/slide1.jpg

Selasa, 30 Maret 2010

Kisah Nabi Daud Dengan Ulat

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.
Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"

Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. "Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?"
Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.

Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

..petikan dari blog jaip

Tidak ada komentar:

Posting Komentar